Langkau ke kandungan utama

Lemang Oh Lemang

Hari raya telah berlalu. Bulan syawal masih belum lg genap sebulan. Kaalu hari raya, hidangan wajid mesti ada. Ketupat, rendang, nasi himpit, lontong, lemang. salah satu dari jenis makanan ni mesti ada. klu tak ada, tak akan terasa suasana hari raya di rumah tu.

ni salah satu cerita tentang semua makanan ni. lemang..Lemang oh lemang. siapakah yang mula-mula mencipta lemang perlu dibuat atau dimasak macam tu. Guna buluh sebagai pengganti periuk belanga. santan kena taruk bru layan. bakar plak tu. ye lah, takkan nak rebus plak sekali ngan buluh tu.

ini cerita jual lemang. abang aku ni dok jual lemang semasa puasa hari tu. ada la 2 minggu sebelum raya. ribu-ribu jg la katanya untung. 1 batang jual Rm8 atau pun RM10. ikut saiz la. kadang xsempat nak melayan dah hbs lemang dijual. cuma tinggal yang org dah tempah. 1 hari sebelum raya tu lagi la. buluh dah habis. nak sruh orang pergi amik kat hutan Bukit Semeliang dah xnak dah. upah la, bkn amik saja. nak beli kat kampung dah xada dah. mula nak ingat nak beli dalam 100 batang lepas tu g jual kat SP, tp dah xdak 100 batang x jadi amik la. hah!! abang aku dok jual dia pny lemang dkt Sunagi petani. dekat ngan kampung pinang kot xsalah aku. kalau kluar exit Sunagi Petani Utara, traffic light amik kiri. lps tu trus ja, lps traffic light lg satu tu dah dkt dah. ada la org dok menjual tepi jalan tu. oarang beli lemang ni pun tgk jg penjual tu. ada skali tu abang aku dah hbs dah buluh. jadi dah takdak dah la lemang nak jual, tapi pelanggan ni nak jg beli kat abang aku. abang aku ni sruh la p beli kat orang sebelah tu. penggan tu xnak sbb orang tu dok kipas lemang tak pakai baju.

ketupat pun depa ada jual hr tu. bru ja lps rebus letak ja atas meja terus habis. fuh!!dasyat btul. orang zaman skang ni dah malas dah nak buat sendiri. semua beli ja. senang.






2, 3 hari lepas abang aku ajak p amik buluh kat Pedu. Nak jual lemang lagi lepas raya ni. banyak buluh ka sini. jauh tu g amik buluh. tapi sambil amik buluh sambil berkelah n memancing. haha!! buluh oh buluh. banyak buluh kot Pedu ni. tepi tepi jalan ja. tapi saiz yang sesuai tu kurang. ada orang dah amik dah. tiap kali berenti nak amik ja tgk lorong dah ada orang masuk. buluh saiz yang abang aku nak tu dah hbs dah. agaknya orang yang dok ambik ni dok jual buluh tuk penjual lemang kot. jadi kami terpaksa la masuk dalam sikit. tepi tepi jalan dah orang sapu habis. tebang tari tebang tarik. kami 4 org dok tebang tarik tebang tarik. penat la jg. lepas kami tarik semuah buluh keluar kat kawasan lapang sikit ada bunyi kok kok kok kok. bunyi macam buluh dok bergeser sesama sendiri, tapi yang peliknya tak ada angin pun. macam mana boleh pokok pokok buluh tu dok berlaga plak. lantak dia la. tapi bagi aku, ini teori aku sendiri la, bunyi tu jadi sebab begeser sesama sendiri disebabkan pokok buluh tu condong sendiri. mungkin perkembangan berlaku disebabkan cuaca. klu panas akan berkembang, jadi dia bergerak la. molekul molekul mula berkembang. entah apa apa la teori aku ni. masa sblum kami mula tarik semua buluh keluar dari hutan untuk dikatam (potong ikut saiz tuk buat lemang la) abang aku kata dah la. sampai sini ja la. buluh pun dah berkokok, kera pun dah bunyi hingar. jadi kami pun tarik la keluar. miang habis badan aku dok tebang tarik buluh ni.

Ulasan