Pada tahun 636 M, Panglima Besar parsi Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyeberangi Sungai Furat ke al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Untuk itu, dia mengatur langkah untuk mencegah kemaraan ini dengan mengetuai seluruh angkatan perang Parsi untuk berperang di bumi Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan beliau ini merupakan sebuah kesilapan besar dari segi taktikal kerana berhadapan dengan tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah keputusan yang bijak. Khalifah Umar Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera dibawah arahan Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas untuk menyerang tentera Parsi ini. Peperangan berlaku selama empat hari di mana pada awalnya tentera Islam berkuda tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi. Setelah dua hari diasak oleh tentera bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan...