Sebelum memulakan bicara mengenai perkara ni, mari kita berfikir sejenak tentang persoalan di atas. Mengapa timbulnya pemikiran sedemikian. Dalam hal ini kita perlu kembali kepada akar umbi timbulnya persoalan ini dalam pemikiran kita. Sebelum tu aku nak bgtau di sini bahawa aku ni bkn la doctor, professor, ustaz or yg sewaktu dgnnya. Aku cuma bagi pendapat aku saja. Ok! Bebalik kepada topic perbincangan kita. Dalam hal sebegini, kita perlu lihat akar umbinya mengapa, kenapa, bagaimana, siapa, berapa, apa yang menyebabkab kita berfikir sebegitu rupa. Kita perlu lihat dari segenap sudut. Mengapa kita fakir “boyfriend” atau “girlfriend” kita lebih baik dari keluarga kita? Kenapa kita berfikir begitu? Apa yang menyebabkan kita berfikir begitu? Berapa peratusan kebaikan “bf/gf” berbanding keluarga kita? Siapakah “bf/gf” kepada kita? Dan siapa pula keluarga kita? Bukan pada nama. Pada pendapat aku, bf/gf adalah manusia biasa sama seperti keluarga kita. Ya! Pada dasar kemanusiaannya. Tapi, ...