Langkau ke kandungan utama

why do you think you bf/gf most tcare of you than your family..

Sebelum memulakan bicara mengenai perkara ni, mari kita berfikir sejenak tentang persoalan di atas. Mengapa timbulnya pemikiran sedemikian. Dalam hal ini kita perlu kembali kepada akar umbi timbulnya persoalan ini dalam pemikiran kita. Sebelum tu aku nak bgtau di sini bahawa aku ni bkn la doctor, professor, ustaz or yg sewaktu dgnnya. Aku cuma bagi pendapat aku saja.

Ok! Bebalik kepada topic perbincangan kita. Dalam hal sebegini, kita perlu lihat akar umbinya mengapa, kenapa, bagaimana, siapa, berapa, apa yang menyebabkab kita berfikir sebegitu rupa. Kita perlu lihat dari segenap sudut. Mengapa kita fakir “boyfriend” atau “girlfriend” kita lebih baik dari keluarga kita? Kenapa kita berfikir begitu? Apa yang menyebabkan kita berfikir begitu? Berapa peratusan kebaikan “bf/gf” berbanding keluarga kita? Siapakah “bf/gf” kepada kita? Dan siapa pula keluarga kita? Bukan pada nama.

Pada pendapat aku, bf/gf adalah manusia biasa sama seperti keluarga kita. Ya! Pada dasar kemanusiaannya. Tapi, kadang kala bf/gf ini bagaikan talam dua muka. Bukan aku nak kondem dalam perhubungan bf gf ni. Lagipun perasaan ni pemberianNya. Ok! Apa yg menyebabkan aku kata talam dua muka pekdek kata hipokrik. Sebenarnya, dalam usaha menbentuk hubungan antara manusia kadang kala membuat kita perlu hipokrik. Di mana seseorang itu akan berubah menjadi org lain. Kadang kita nampak. Kadang kita tidak nampak perkara ni berlaku. Macam rockers boleh brubah jd mat jiwang. Contohnya seseorang itu tidak pernah memberi hadiah kepa orang, tetiba dia sanggup habskan duit bebanyak untuk memberi hadiah kepada si dia. Orang yang pendiam brubah jadi orang yang paling banyak bercakap apabila di depan si dia. Orang yang penakut berubah jadi berani di depan si dia.

Timbul pula persoalan mengapa? Mengapa ini berlaku? Perkara ini berlaku adalah untuk menjadikan perhubungan lebih baik. Untuk memikat hati seseorang. Jadi, perkara-perkara sebegini akan berlaku, biasanya berlaku, dan aku rasa kerap berlaku. Ada kebaikannya juga perkara sebegini berlaku. Jika perubahan ini perlaku kearah kebaikan. Tapi ingat, itu hanya dihadapan mata kita sahaja. Dibelakang, kiri, kanan, atas, bawah belum dapat kita kenal pasti.

Dalam perhubungan kekeluargaan, apa yang kita lihat, kita alami, kita lalui itulah keluarga kita. Bercerai berai pun ayah dengan emak kita, mereka tetap keluarga kita. Kadang kita rasa kita dipinggirkan, tapi mereka tetap keluarga kita. Kerana itulah cara mereka. Kadang kita tidak nampak seperti kita disayangi, tetapi sebenar kita adalah ahli keluarga kita. Kita juga turut disayangi. Tapi mungkin caranya tidak sama sepertimana dalam perhubungan kita dalam “bf/gf”. Cara keluarga menyangi kita dengan “bf/gf” adalah tidak sama. Keluarga sudah lama bersama kita, sejak dari kita lahir hingga sekarang dan sampailah kita meninggal dunia. Bf/gf adalah orang baru. Yang ingin menyelit bersama dalam kehidupan keluarga kita. Tapi belum tentu akan terus bersama. Mungkin hanya dipertengahan jalan ataupun tidak sampai separuh pun. Suku pun tak sampai. Tapi ada juga yang berjaya hingga ke akhir hayat. Disebabkan dia adalah orang baru maka dia akan cuba jadi lebih baik dari apa yang kita ada. Suapaya dia berjaya masuk dalam kehidupan kita. Ini yang dikatan perhubungan bf/gf. “always be the best of the best”.

Jadi ini adalah dari pendapat aku, yang keluar kepala otak aku sendiri. Berdasarkan permerhatian, pengalaman aku sendiri. Jadi sama fakir-fikirkan. Renung-renungkan. Selamat beramal. Tapi sebelum aku menamatkan karangan ini, setiasalah merujuk kepada pakar. Aku bukan pakar di sini. Hanya memberi pendapat sendiri. Jagalah hubungan sesama manusia, keluarga, nabi, rasul dan DIA. Insyaalah selamat. Berdoa sentiasa mintak petunjuk darinya. Wassalam..

Ulasan